setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Sunday, 19 May 2013

ajaibnye tangan ibu...

assalamualaikum.....

malam ni xtaw nak buat ape..walaupun asgment kena submit hari esok dan rabu nih..pftt.. dah part aku dah settle kan.. so, tinggal part depa ja lagi..tu pun aku yg kena edit..penat dok tunggu part depa nih..lmbat hantaq.. sakit jiwa and otak aku nih..ngeee... i miss my mom... 


Tika kita kecil...

Kita lapar...tangan ibu yang menyuap,


Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,


Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,


Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,


memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..


Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh


 badan,membersihkan segala kekotoran,

Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan


dengan penuh kasih sayang,




Namun,


Ketika ibu sudah tua & kelaparan...


tiada tangan dari anak yang menyuap,


Dengan tangan yang menggeletar

,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air


 mata,



Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang


ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...


Ketika jenazah ibu nak dimandikan...


di mana tangan anak yang ibu harapkan


untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...


Sentuhan ibu, sentuhan kasih...




Boleh membawa ke Syurga Firdausi...


Ciumlah tangan ibu,


Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..


Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih 


berkesempatan...






Tuesday, 7 May 2013

MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

*MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN

TUN MAHATHIR




SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa.


 Hanya saya ingin 



menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, 


begitu sekali tidak tahu 


bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh 


orang lain sehingga 


sanggup memburukkan bangsa sendiri.



Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri 


kehinaan yang dialami oleh 


orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah 


bangsa mereka.



Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit 


bangsa yang dijajah, 


izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu 


semasa dijajah.


Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, 


tidak terdaya 


mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang 


mereka terima 


sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka 


sebenarnya hamba rumah 


yang diduduki orang lain.



Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak 


mampu menyumbang apa-


apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta 


dan orderly atau 


budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa 


kerja yang 


dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk 


untuk mengatasi 


masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang 


lain. Mereka terpaksa 


jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika 


tidak tunduk serendah 


mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang 


besar sehingga mereka 


pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar 


Jepun. Jika gagal 


mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.


Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri 


Melayu, Jepun 


menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu 


kepada Siam, kerana 


membalas budi Siam.



Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan 


Siam dan bendera


 Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu 


kebangsaan Siam 


dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh 


terlentang di atas jalan. Saya 


dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa 


yang dijajah dan boleh


 ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka 


jika tidak tandatangan 


perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. 


Dan raja Melayu 


pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.


Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai 


Tanah Melayu, milik orang


 Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik 


British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak 


memiliki apa-apa 


kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan 


menjadi kuli dan hamba 


kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah 


tentu tidak akan ada 


Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak 


bernegara, tidak 


bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka 


yang terpelajar yang 


tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian 


mereka dan kesetiaan 


kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun 


menentang rancangan


 Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak 


berbelah-bahagi 


berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan 


kembalikan negeri-negeri 


Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka 


terselamatlah orang 


Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka


 bermulalah rebutan


 untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli 


dalam dewan-dewan 


negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-


lain kemudahan.


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi 


Yang Berhormat, 


menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan 


mereka tinggalkan UMNO 


untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti 


mereka untuk bertanding 


dalam pilihan raya yang akan datang.


Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang


 kecewa kerana 


permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman 


ditolak olehnya dan hanya 


satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini 


memberi kemenangan 


kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British 


terpaksa serah kuasa 


kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, 


nescaya kemerdekaan 


tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya


 membangunkan negara 


dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang 


yang tidak pernah 


dinikmati oleh mereka semasa dijajah.


Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.


Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta 


kaum lain tidak menjadi 


kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga


 dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. 


Tetapi mereka belum 


sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan 


perusahaan.


Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan


 kuasa antara mereka 




terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan


 perpecahan dan 


serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil 


untuk menyertai 


mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi 


Perdana Menteri. 


Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak 


suka melihat orang 


Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara 


ini.


Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu 


digeruni oleh British 


kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang 


terpaksa mengemis 


untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha 


untuk mengimbangkan 


kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu


 ini memenangi 


pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti 


telunjuk orang lain. 


Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela 


berkongsi dengan orang 


lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan 


terjadi hasil perpecahan 


orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh 


orang Melayu sendiri - 


orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah 


dipengaruhi nafsu, yang


 mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.


Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak 


pun mengakui akan 


nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui 


Kerajaan - Kerajaan 


Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi 


kekuatan kepada mereka 


dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada 


pada mereka.



*ARTIKEL DARI UTUSAN

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa 


saya mudah lupa.


 Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib 


yang menimpa kaum


 sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.


Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri 


sendiri, dengan anak 


cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada 


bangsa dan 


pemerintahan oleh kita sendiri.


Artikel dr Utusan




rujukan : SITI NURMAYA