setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Sunday 27 May 2012

War of " FINAL EXAM "

assalamualaikum....




tik ...tok...tik...tok... tinggal 4 hari lagi dah nak final exam..cepat sungguh masa berlalu ye..ni adalah jadual exam aku untuk sem ni..




banyak betul gap untuk minggu pertama dan kedua tuu..-,-
okie la... di kesempatan ini..
aku nak mintak ampun, maaf kat korang semua..especially kawan2 aku...ehem2 ..nak mention sikit sapa dye la tu..hik3..first, kat sahabat karib aku.. ain , amalina , and leen.hehehe.. ( nanti raye g kat umah aku okie ... sempat lagi nak promot..) and kat asmidar..thanks sebab selalu bagi pendapat...:D

second ..of coz laa my roomate kan....sarah, and the geng..aishah , mira , wani , nadiah and her roomatenye si ida , liya and intan , aisyah, . and special tu my atok kat tradewind abdul salam and my atok jugak kat kachi ; mitra , shidi-kun bersama roomate nya abe mats kito..hahaha.. ( thanks sebab bagi kata2 semangat atau dengan kata lain buat lawak or telah buatkan aku gelak terguling - guling  or sudi dengar masalah aku time aku down sangat2 hari tuu..thanks a lot taw.). dan yang selebihnya kat kawan2 yang telah memperbanyakkan komen kat status aku..hik2... fiqa , diela , cik mal , firdaus , daus , daus pelapes..( ramai sangat yang name dausnye....) ,  aqilah ...dan semua la ye.. tak larat nak sebut lagi..^__^..lupa nak sebut... thanks for my both baby..sebab sentiasa buat aku gelak sakan..sayang sangat2...kepada sesapa yang pernah belanja aku makan tuu..time kasih jugak.halalkan taw semua tuu..sem depan belanja laa lagi..hiihihihi...( juz kidding )

dengan ucapan : 

semoga korang dapat jawab exam dengan sebaiknya ye.. jawab soalan dengan tenang..pemikiran yang lapang, ape yang korang bace pada malam sebelum tu dapat di 'flashback ' balik dengan jayanye.. dapat ingat ape yang telah kamu belajar tuu .(.amin..inshaAllah.). and  so on la ye..before exam calling2 dulu dengan family..mintak restu mereka taw..doa banyak2..gambate3...


usaha+ doa + tawakal = kejayaan..amin..inshaAllah..harap semua dapat dekan sem ni...amin...:)



**note :  korang jangan tido lewat sangat taw time2 cam gini.. jaga pemakanan, kesihatan ,  keselamatan korang okie.. jangan dok buat benda yang boleh bawak kemudaratan pulak..**





Thursday 24 May 2012

Saya Terima Seadanya...:)

assalamualaikum


( okie... fine.. gambar ni takde kena - mengena  pon..hehhee )

Sedari diri serba kekurangan. Tidak sesempurna manusia. Awak , saya bukanlah sempurna untuk mengharapkan lelaki yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tapi saya sedang merubah diri saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik.


Saya tak risau tentang jodoh saya. Kalau saya tak dapat kecapi cinta seorang lelaki , tak mengapa. Sebab saya tahu ada cinta yang akan kekal abadi. Cinta Allah , adalah cinta yang kekal abadi. Biarlah saya mengejar cinta Allah dulu.


Andai awak jodoh saya belum lagi tiba , saya akan anggap awak sedang membina kepimpinan awak untuk memimpin saya sebagai seorang isteri kelak.


Awak jagalah selalu hati awak. Muslimin yang baik , takkan terpaut pada seorang wanita hanya kerana paras wajahnya , pada rayu yang meruntuhkan iman , pada bicara manja yang menggoda.





Monday 21 May 2012

keISTIMEWAan bulan REJAB , SYAABAN , & RAMADHAN



assalamualaikum....






Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).


Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.


selain itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.




Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
·         Diampunkan dosanya yang lalu
·         Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
·         Terlepas dari dahaga di hari kiamat





Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-
  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.


  Barangsiapa berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah)
v  Berkata Siti Aisyah r.a.h. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
v  Amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban:
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Bertaubat & beristighfar
- Memperbanyakkan zikir & doa
v  “ Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu Hibban)
v  Sabda Rasulullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah ( selain ) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. ( Al-hadis )


     Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan – hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
*      Daripada Abu Hurairah drpd Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dna keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayatkan oleh Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
*    *      Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
*      Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
*      Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
*      Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o   a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o   b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o   c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o   d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o   e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya,
SYAABAN menyucikan hatinya,
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat,
SYAABAN bulan muhibbah,
RAMADHAN dilimpahi segala amalan.

Wallahualam.






  

Saturday 12 May 2012

JaDUAL unTUK SEM 3

assalamualaikum....




hari ni lepas balik ko - k  terus p sambar laptop sebab nak uruskan jadual untuk sem 3 ni.( praktikal untuk ko - k tadi memang bes..wa cakap sama luu..:D ).. pening kepala aku.. pulas sane.. pulas sini... tapi tetap tak boleh jugak.. grrr.. geram betul aku...last2 lepas makan malam.. aku try buat balik jadual tuu.. and camni la hasilnya...... 



JAM
8 – 10.00
9.30 – 11.00
11 – 12.30
12.30 - 2
2 – 3.30
3.30 - 5
ahad

HR
DKG 2/9

WRITING
BTA 27

CONS.TECH
DKG 6/9
Isnin
ORGA. BE
DKG 1/2

BKAL
DKG ½

STATISTIC
DKG 6/11

Selasa
      H
      O
       L
       I
       D
         AY
 Rabu

HR
DKG 2/9

WRITING
BTA 27

CONS.TECH
DKG 6/9
khamis
ORGA. BE
DKG 1/2

BKAL
DKG ½

STATISTIC
DKG 6/11

































***HR - HUMAN RECOURSES
      CONS. TECH - CONSTRUCTION OF TECHNOLOGY
      ORGA.BE - ORGANISATION BEHAVIOUR
      BKAL - BUSINESS ACCOUNTING
      WRITING - PROCESS WRITING