setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Wednesday 29 February 2012

your SMILE are so SPEcial..

1.  Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.  Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.  Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.  Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.  Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.  Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.  Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.  Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.  Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.      Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.      Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.      Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.      Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.      Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15.      Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Monday 27 February 2012

46 BESTFRIENDS FOREVER



Bukannya senang nak cari kawan yang baik 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik 


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan. 



Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat 
perkara yang buruk dan sia-sia.


Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk 

berbuat kebaikan. 


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih 
atau gembira. 

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan 

kepada kawan biasa. 


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada 
disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan 
kawan yang baik 
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai 

kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya



Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan 
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita 
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita 
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang 
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu 
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan 
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman 
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada 
kawan baik nya

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu 
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. 

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!



Sunday 26 February 2012

plezz..dont play2 with my heart



kadang2 aku pelik...kenapa aku selalu sangat teringat kat dye..why??why??...adekah aku telah fall in love dengan dye..if yes, aku harap aku tak bertepuk sebelah tangan..tapi kenapa dye selalu ambik berat pasal aku..kalau aku takut misalnya..dye akan terus call aku dan tanya kenapa aku rasa takut....dan dye cuba tenangkan perasaan aku tu...


kelmarin pon bile aku bagitahu aku ade kat dengan kolej dye and ajak dye makan sekali kat cafe, dye cakap dye ada kat cafe kampus...and kalau aku nak dye datang kat cafe kolej tu dye akan datang..even masa tu dye tengah puasa..bukan ke dye seperti nak jaga perasaan aku


kalau jumpa kat bilik kuliah pon dye akan tegur aku even tak bercakap,dye akan buat cam petik jari dye kat depan2 muka aku ke macam2 lagi laa..aku tak tahu kenapa dye selalu buat aku rasa gembira if dye ada bersama dengan aku..
kenapa kau baik sangat dengan aku....nanti aku takut terbit perasaan yang lain...


kadang2 kat dalam facebook pon,kalau dye komen kat status aku mesti dye cam nak mengusik je kejenye..kadang2 kite orang chat pon camtu jugak..tapi kadang2 dye akan buat tak tahu je dengan status aku @ chat aku tuuu...so, aku tak tahu nak cakap camane...


aku hanya mampu berdoa dan berharap, sekiranya dye adalah jodoh aku...yang bakal menjadi suami dan bapa kepada bakal anak2 kami...semoga perasaan aku terjaga supaya tidak jatuh cinta dengan sapa2 lagi..cinta aku hanya untuk suami aku....but if dye bukan jodoh aku...aku harap aku dapat hilangkan perasaan aku terhadap dirinya...

Friday 24 February 2012

jANGAN seSEKALI kaMU..!!!



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


Thursday 23 February 2012

bahaya cinta sebelum nikah...

     

♥♥♥  pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh  nafsu


               ♥♥♥  menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya



♥♥♥  hati akan terseksa daripada barah rindu


♥♥♥  rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia  terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan


♥♥♥  cinta lalai akan menyebabkaanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia & akhirat



♥♥♥  aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta


♥♥♥  fitnah cinta ibarat racun yang akan membuuh akal, jiwa dan perasaan

♥♥♥  jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik , mana yang buruk untuk diriku


♥♥♥  jika aku & dia berjaya  melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya...


teMAN...antAra mANIS & PahIT


assalamualaikum




Teman,

Usah kau takut utk merasa kesedihan dan kepedihan.Usah kau takut utk merasa susah dan hina.Percayalah teman,bahawa di sebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan, ada hikmah yg terkandung disebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan.Percayalah teman selagi kau berserah kpd DIA yg sentiasa bersama mu, tanpa kau sedari,tanpa kau lihat DIA, namun kau akan dpt merasa kehadiran NYA apabila kau sentiasa memanggil DIA.


Teman,
mana ada insan yg tidak suka kpd manisnya hidup.Mana ada insan yg tidak suka kpd keseronokan hidup.Kita dijadikan punya nafsu dan rasa.Namun teman,sedarkah kalian bahawa manisnya hidup,seronoknya hidup tanpa di uji..kemanisan dan keseronokan itu yg membawa kpd alpa nya kita kpd DIA
.

Teman,
mana ada insan yg suka kpd kesedihan, kepedihan dan kepahitan mengharungi hidup ini.Mana ada insan yg suka menjalani hidup ini berteman si airmata duka.Namun teman,sedarkah kalian bahawa kesedihan,kepedihan dan kepahitan itu ibarat ubat mujarab yg dpt mendekatkan kita dgn Pencipta kita andai kita kembali kpd fitrah kita.

Teman,
sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman dri DIA,andai ditarik apa yg dipinjamkan,maka sama2lah kita redha,tenang dan sabar.Anggaplah kesedihan,kepedihan dan kepahitan di uji utk mgharungi hidup ini adalah kerana DIA mau kita kembali kpd DIA.


Sedarkah wahai teman,bahawa ujian yg dibagi kpd kita adalah pahit utk dirasa tpi amat manis utk dikenang agar menjadikan kita insan yg redha,tenang dan sabar.Menjadikan kita insan yg lebih tahu menghargai diri dan kehidupan.

Teman,
usah dibuang kenangan pahit yg kita rasa kerana yg pahit itulah ubat yg amat mujarab agar kita lebih berhati-hati dimasa mendatang.Kerana dari kepahitan itu lah ada kemanisan yg berpanjangan yg membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita,Nabi kita dan saudara seislam kita.


Teman,
apa erti hidup ini tanpa di uji?apa erti hidup ini tanpa kita mengenal DIA,tanpa kita mengenal perjuangan Nabi kita?Tanpa pengorbanan menegak agama kita?

Teman,
usah lalai dibuai kemanisan,keseronokan krana di sebalik manisnya,seronoknya terselit racun yg membuai kita hingga kita lalai dan alpa.Sdgkan kepahitan itu terselit manis berpanjangan....
Renung-renungkan wahai teman,ketawa yg berpanjangan itu membawa kita kpd musibah,sdgkan tangisan berpanjangan itu membawa kita kpd keinsafan.

Wassalam.