assalamualaikum....
Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.
selain itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
· Diampunkan dosanya yang lalu
· Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
· Terlepas dari dahaga di hari kiamat
Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-
- Orang yang syirik kepada Allah.
- Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
- Orang yang bermusuhan sesama Islam.
Barangsiapa berpuasa pd awal hr khamis pd bulan Syaaban & akhir Khamis drpd Syaaban dimasukkan dia ke dlm Syurga. ( AL-Hadis dari kitab Al-Barakah)
v Berkata Siti Aisyah r.a.h. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah s.a.w ialah bulan Syaaban.
v Amalan-amalan sunat pada bulan Syaaban:
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Bertaubat & beristighfar
- Memperbanyakkan zikir & doa
v “ Allah menjenguk dtg kpd semua makhlukNya di malam Nifsu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali org yg menyekutukan ALLAH atau org yg bermusuhan.”( Hadis riwayat Ibnu Majah at-Thahrani dan Ibnu Hibban)
v Sabda Rasulullah s.a.w: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah ( selain ) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. ( Al-hadis )
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan – hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
Daripada Abu Hurairah drpd Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dna keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayatkan oleh Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istighfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
REJAB bulan menabur benih,
SYAABAN bulan menyiram tanaman,
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya,
SYAABAN menyucikan hatinya,
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat,
SYAABAN bulan muhibbah,
RAMADHAN dilimpahi segala amalan.
Wallahualam.