Dalam hidup ini kita selalu dihidangkan dengan cabaran dan
dugaan, kadangkala kita akan mudah kecewa dengan apa yang berlaku keatas kita.
Kerap kali kita bersungguhan melakukan sesuatu tetapi kerap juga kita
dikecewakan oleh sebilangan mereka yang rakus dan tidak berperikemanusiaan.
Tren masa kini ada segelintir dan semakin bertambah bilangannya
yang hanya suka mengambil kesempatan atas kebaikan dan kejujuran orang lain.
Hal ini kerana melalui orang yang ikhlas ini sahaja segala percaturan dapat
dilakukan dengan mudah sekali.
Golongan ini gemar menyalahkan orang lain sedangkan tidak sedar
bahawa diri sedang menggunakan mekanisma bela diri untuk menyelamatkan maruah
dan kelemahan sendiri. Perbuatan ini menggambarkan golongan ini tidak sedar
diri sedang dipengaruhi oleh perasaan sendiri dan mengambil kesempatan daripada
kejujuran orang lain merupakan sesuatu tindakan yang memalukan dan menghinakan.
Bagi mereka yang kerap berhadapan dengan situasi ini, tidak
perlu untuk bersedih kerana hakikat kita bukan keseorangan. Sebenarnya ada
masanya orang yang menganiaya anda itu akan menerima akibatnya. Hal ini kerana
perbuatan itu sebenarnya melatih diri golongan itu supaya sentiasa menafikan
diri sendiri, menafikan kelemahan diri sendiri. Jika berlarutan kemungkinan
orang itu boleh kehilangan identiti dan dirinya akan mundur serta tiada
peningkatan kendiri. Hal ini boleh merugikan golongan itu sendiri. Lambat laun
ia akan memakan diri hanya masa yang menentukan.
Anda bukan keseorangan, kerana walaupun tiada sesiapa yang
berada untuk mendengar kekecewaan anda. Tetapi ingatlah bahawa yang maha kuasa
sentiasa memerhatikan, yang pasti setiap kejahatan akan singgah sebagai
balasan.
No comments:
Post a Comment