pelik aku ada jugak yang tak suka berkawan, terperap sorang diri
dalam bilik atau rumah, berkawan dengan kawan-kawan dalam internet je, tak
bosan ke? boleh ke dapat kawan baik kalau cuma berkawan dalam internet?
zaman sekarang ni bukan senang nak cari kawan baik, sebab kawan
baik tak akan tinggalkan kawannya keseorangan, kerana kawan baik sanggup
berkorban apa sahaja demi menggembirakan hati kawannya.
tapi kebanyakkan kawan zaman ni cuma kawan masa gembira sahaja,
bila susah mereka akan tinggalkan kita.
ada jugak jenis kawan suka menolong ketika kawannya berduka atau
sedih ataupun susah dan dia akan pergi bila kawannya itu telah temui
kebahagiaan, memang mulia hati kawan yang macam ni.
pernah jugak aku dengar kawan yang suka ambil kesempatan atas
kesusahan kawannya, mintak jauhkan dari kita semua.
walau apa pun pepatah orang-orang dulu kala yang berbunyi
"berkasih biar satu, berkawan biar beribu" memang betul, hidup takkan
sempurna bila hidup tanpa kawan kerana tak semua rahsia kita yang boleh
diketahui kekasih, percaya tak kawan baik lebih banyak tahu pasal diri kita
berbanding kekasih kita.
jadi apa-apa pun jujurlah dalam berkawan, kerana setiap apa yang
kita buat, apa yang kita berkorban, walaupun dia tak pernah nampak, satu hari
dia akan perasan bila kita jauh daripada dia, dan yakinlah Allah Maha
Mengetahui, yang penting keikhlasan.
tahu tak kau orang kawan
atau sahabat yang baik dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kita, ia adalah
satu kurniaan Allah yang sangat berharga, jadi hargailah dia ketika ia masih
ada, ketika kita susah atau senang, ingat sesuatu yang baik itu hanya akan
datang sekali sahaja.
No comments:
Post a Comment