1. Para
saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat
berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji
dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke
otak.
3. Apabila
darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita
tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan
dahi.
4. Senyuman
bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian
menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila
kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda
ketawa.
6. Anda
juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.
Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari
berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan
jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan
dan kemurungan.
7. Kajian
yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang
tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress
yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam
kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua
diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit
sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut,
kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon
'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress
'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika
kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T
(yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan
antibodi melawan penyakit).
10.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan,
kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan
dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap
penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka
serta bersedia menerima maklumat baru.
13.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang
percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran
Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit
rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu
menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang
marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15.
Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA
YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
No comments:
Post a Comment