setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Monday, 27 February 2012

46 BESTFRIENDS FOREVER



Bukannya senang nak cari kawan yang baik 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik 


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan. 



Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat 
perkara yang buruk dan sia-sia.


Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk 

berbuat kebaikan. 


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih 
atau gembira. 

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan 

kepada kawan biasa. 


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada 
disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan 
kawan yang baik 
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai 

kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya



Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan 
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita 
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita 
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang 
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu 
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan 
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman 
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada 
kawan baik nya

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu 
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. 

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!



No comments:

Post a Comment