setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Friday, 3 February 2012

kaWAN @ SAHabat...MAna yaNG paLIng pENTing...???



kawan adalah seorang insan yang kita selalu berjumpa dan kenal mengenali antara satu sama lain. Malah, kita mempunyai sebegitu ramai kawan di sekeliling kita. Akan tetapi
jika kita mengalami masalah, siapa yang kita jumpa? Ya, sudah semestinya kawan yang kita cari untuk berkongsi pendapat dan juga berkongsi masalah.Dan sejauh manakah segala masalah yang kita hadapi seorang insan bernama KAWAN ini sanggup bantu kita? Sekerap manakah dia akan mendampingi kita di saat kita susah? for me, kawan itu hanya sekadar cuma dan sementara. Ini kerana kebanyakannay kawan, jika kita menghadapi kesenangan, kawan akan mendekati kita, tetapi jika kita kita menghadapi kesusahan, kawan akan berjauahan dengan kita walaupun kita ingin meminta sedikit pertolongan darinya sekadar cuma. Dan boleh jadi dia akan terus meninggalkan kita terkontang-kanting bersendirian dengan kesusahan yang kita hadapi.


Berbeza pula dengan insan yang bernama SAHABAT dalam kehidupan seharian kita. Jika di bandingakan dengan KAWAN yang begitu ramai SAHABAT adalah yang paling bernilai yang mana ianya wujud umpama muncul 1 dalam 1000 manusia. Seorang insan bernama SAHABAT ini dia akan muncul dan mendampingi kita tidak kira sama ada kita senang atapun susah dia akan sentiasa bersama dengan kita. Dan adakalanya jika si Sahabat ini mempunyai masalah dirinya sendiri dia akan tetap utamakan orang lain untuk membantu kawannya yang mengalami kesusahan walaupun dirinya sendiri mempunyai masalah yang lebih hebat dari kawannya yang hendak di bantu. 

Dan SI Sahabat ini pula tidak sanggup melihat kawannya mengalami kesukaran akan tetapi Si Sahabat ini lebih senang dan gembira melihat kawannya keadaan kesenangan. Dan insan bernama SAHABT ini juga akan berusaha dengan kudrat yang ada padanya sehabis daya sehingga sanngup menggadai nyawanya demi melihat kawanya dalam gembira sentiasa. Dan Si sahabat ini pula akan membantu kawanya tanpa di minta dan menolong kawanya secara ikhlas dengan hati yang murni. Insan yang bernama sahabat ini sukat di cari ganti dalam sejuta kerana ianya tidak ternilai segala pengorbanannya.


hargai segala pengorbanan sahabat kita dengan sebaik mungkin dan carilah kawan yang boleh di gelarkan sebagai seorang sahabat...


No comments:

Post a Comment