CINTA SEJATI
* Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.
* Ia berdasarkan kepada kefahaman. Anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.
* Anda lebih menumpukan kepada kesejahteraan orang lain daripada diri sendiri.
* Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.
* Sepanjang hayat.
* tidak semestinya memiliki
*sanggup berkorban untuk melihat kebahagiaan seseorang yg dicintai
TERGILA-GILA
* Anda boleh tergila-gilakan seseorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya menjadi cinta sejati.
* Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja iaitu diri anda.
* Perasaan anda yg mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan anda terhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yg anda bentukkan untuknya. Biasanya selepas tiga bulan, anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.
* Pentingkan diri sendiri kerana anda cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.
* Tidak mahu berkongsi dan cemburu.
* Tidak kekal lama (tiga hingga enam bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.
ada yang nak bangkang tak dengan benda ni....
No comments:
Post a Comment