setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Monday, 20 February 2012

Nota Hati Buat Hati yang Gelisah


Allah telah pun berfirman yang bermaksud :
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.” (al-Ra`d:28)
Ramai manusia ketika ini sebenarnya sedang sakit. Mereka tidak sedar mereka sedang mengalami kesakitan. Mungkin juga kita sendiri sedang sakit. YA!!! kita yang sedang membaca artikel ini ketika ini mungkin juga sedang sakit………

Maksud saya sakit di sini ialah. Sakit Batin yang terletak di HATI. Secara luaran kita mungkin sihat. Nampak segak. Kacak. Bergaya. Namun pernahkah kita diagnos keadaan hati kita. Apakah hati kita penuh dengan kedengkian. Penuh dengan perasaan benci kepada orang lain. Benci dengan kejayaan rakan-rakan kita. Benci dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada kawan-kawan kita. Berdendam dengan kawan-kawan kita kerana perkara silam yang mereka lakukan pada kita. Adakah kata-kata yang kita ucapkan selalu ialah kata-kata yang baik dan indah atau perkataan yang sia-sia yang selalu menyakiti hati kawan-kawan sekeliling kita. Mari kita fikirkan wahai sahabat-sahabat sekalian. Hidup ini sementara. Ke mana kita hendak pergi dengan membawa sekeping hati ini.
Adakah kita hendak buktikan pada dunia bahawa kita adalah yang sentiasa terbaik dengan menjatuhkan insan-insan di sekeliling kita. Jika begitu pun. Apalah yang akan kita dapat bila kita sudah sampai di puncak kejayaan nanti. Fikir-fikirkan….
Sentiasalah wahai sahabat-sahabat semua kita diagnos hati kita selalu supaya kita sedar dengan minda dan hati sedar kita akan keadaan hati kita. Ramai manusia sakit kerana mereka tidak memberi makanan pada hati mereka. Antara makanan yang boleh diberikan pada hati kita untuk memastikannya sentiasa sihat ialah :
1. Dengarkan Lagu-lagu yang mempunyai Kata-kata yang berhikmah.

” Senyum seindah suria…yang membawa cahaya….senyumlah dari hati…dunia pun berseri…senyum umpama titian…dalam kehidupan…kau tersenyum..ku tersenyum kemesraan menguntum”
Lagu-lagu yang mempunyai kata-kata yang baik memberikan cahaya pada hati kita umpama air hujan yang jatuh pada tanah yang kering kontang…
2. Ucapkan Astaghfirrullah


Rajinkanlah diri kita untuk mengucapkan kalimah taubat ini sebanyak mungkin. Jika boleh rajinkan diri berzikir sebanyak 100kali setiap kali selepas solat. Jika tidak mampu. Lakukan pada malam hari sebelum tidur, Nabi kita baginda sendiri lafazkan sebanyak 70 kali setiap hari. Bagaimana pula diri kita wahai saudara saudari ku sekalian. Mari kita jernihkan hati kita. 
3.  Bacalah bahan-bahan yang mengasah Hati kita


Kita mungkin selalu membaca perkara-perkara yang mengasah minda kita. Cubalah juga rajinkan diri membaca perkara-perkara yang mengasah hati kita. Mungkin kita boleh baca buku-buku motivasi, majalah-majalah yang mengandungi artikel-artikel yang menyentuh hati. Tabloid yang mengandungi risalah islam seperti Tabloid iluvislam. Janganlah kita tumpulkan hati kita dengan hanya membaca majalah-majalah artis sahaja. Saya percaya jika Nabi kita hadir di sisi kita mungkin baginda akan menangis atau sedih barangkali. Ini kerana kita terlalu taksub dengan para artis sehingga terlupa kepada baginda s.a.w. Bukan baginda Nabi Muhammad s.a.w lebih menyayangi kita sehingga ke akhir hayatnya baginda melafazkan “Umatku Umatku” ….
Semoga perkongsian ini dapat membuatkan anda tenang. Secara visualnya anda telah baca dan lihat gambar-gambar yang diselitkan. Secara Audionya anda dapat dengarkan lafaz-lafaz zikir dan secara praktikalnya. Lakukanlah tips tips yang dikongsikan. Semoga Allah sentiasa merahmati anda dan saya.
Akhir kata Senyumlah dari HATI  (^_^)






No comments:

Post a Comment