setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Tuesday, 7 February 2012

iNGAt sENanG Ke nAK cARi sAHAbat Sejati BEB..!!


Mungkin bagi sesetengah orang, 'kawan' dan 'sahabat' adalah sinonim.Sama je maknanya.Tak ubah macam 'kenalan' atau 'rakan' jugak.Betul tak ?

aku nak kelaskan semua frasa ni kepada beberapa tahap atau peringkat.Sebab perkataan-perkataan di atas tu bagi aku, tak sama langsung atau tak sama tahapnya.

 
'Kenalan' , di tahap pertama , adalah orang yg kita pernah berjumpa , mungkin sempat bertanyakan nama saja..Mungkin hanya bertegur sapa ketika berselisih di tengah jalan.Apa nama penuhnya, keluarganya, tempat tinggalnya, langsung kita tidak tahu.Maka, 'kenalan' aku letakkan di peringkat terbawah sekali.

'Kawan' dan 'rakan' , di tahap kedua, adalah orang yg kita kenal namanya, familynya , tempat tinggalnya.Mungkin juga rakan sebilik kita, atau rakan sekelas.Mungkin jugak kita tiap-tiap hari pergi kelas bersamanya, atau bermain bersamanya.Time kita senang atau happy, dia sentiasa bersama kita.Tapi tahap kawan atau rakan ni, kalau kita dalam kesusahan, dia sukar nak menolong.Perlbagai alasan diberikannya.Maka kawan atau rakan , aku letakkan hanya di tahap kedua.

'Sahabat' aku letakkan di peringkat tertinggi, kerana seorang 'sahabat' boleh dikatakan adalah cermin kepada diri kita sendiri.Kalau baik sahabat tu, baiklah kita.Sahabat juga lebih kurang sama dengan kawan atau rakan tadi, cuma dia berada di tahap lebih tinggi kerana mereka sentiasa ada bersama kita, senang atau susah, menangis atau ketawa, kaya atau miskin.Inilah sahabat yg betul-betul ikhlas bersama kita.Bukan seperti rakan atau kawan yg hanya ingin bersama kita ketika senang saja.

Cuba korang try scan semua yg menjadi rakan korang tu, berapa kerat sangat yg mencapai tahap sahabat ? Korang jangan ingat dia tu roommate korang ke, classmate korang ke, diorang dah layak menjadi sahabat.Tidak, tidak sama sekali.Percayalah cakap aku, seorang sahabat amat susah dicari.Even dia setiap hari bersama kita, pergi kelas, main bola, semuanya dengan kita, belum tentu dia layak menjadi sahabat.


Cuba uji diorang dengan minta pinjam duit, tolong ke kedai beli barang ketika kita sakit, tolong beli makanan ketika korang sibuk dengan perbincangan kumpulan ke, apa-apa ke.Adakah diorang sanggup ? Bila korang jatuh sakit, diorang jaga korang, beli ubat untuk korang.Ada ke sahabat yg macam tu ? kalau korang ade buat silap, ada tak diorang bagi nasihat.? Kalau ada, tahniah, korang amat bertuah.Maka
jagalah hatinya sedaya mampu korang.

Teman sejati bukanlah mereka yang sentiasa berada di samping kita. Tetapi teman yang baik adalah teman yang sering mengajak kita untuk melakukan amal kebajikan.
Renungi diri kita, adakah selama kita berkawan dengan mereka, pembinaan diri kita dari segi ilmu, akhlak dan segenap aspek kehidupan kita hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan-Nya atau adakah sebaliknya?
 
Bukan Sukar Untuk Mencari Seribu Sahabat, Namun Bukan Senang Untuk Mencari Sahabat Sejati.
shakshaf : “pernahkah teman mengingatkan kita supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??

2 comments:

  1. apa tajuk lagu yg tgh berkumandang ni? hehe nice blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..kat sini ada lagu :
      1-bila aku jatuh cinta
      2-a thousand years
      3-fiction
      4-carta hati
      5-seribu sesalan
      hehehe...antara lagu2 tu la...sori ada kesilapan teknikal..

      Delete