setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Thursday, 23 February 2012

teMAN...antAra mANIS & PahIT


assalamualaikum




Teman,

Usah kau takut utk merasa kesedihan dan kepedihan.Usah kau takut utk merasa susah dan hina.Percayalah teman,bahawa di sebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan, ada hikmah yg terkandung disebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan.Percayalah teman selagi kau berserah kpd DIA yg sentiasa bersama mu, tanpa kau sedari,tanpa kau lihat DIA, namun kau akan dpt merasa kehadiran NYA apabila kau sentiasa memanggil DIA.


Teman,
mana ada insan yg tidak suka kpd manisnya hidup.Mana ada insan yg tidak suka kpd keseronokan hidup.Kita dijadikan punya nafsu dan rasa.Namun teman,sedarkah kalian bahawa manisnya hidup,seronoknya hidup tanpa di uji..kemanisan dan keseronokan itu yg membawa kpd alpa nya kita kpd DIA
.

Teman,
mana ada insan yg suka kpd kesedihan, kepedihan dan kepahitan mengharungi hidup ini.Mana ada insan yg suka menjalani hidup ini berteman si airmata duka.Namun teman,sedarkah kalian bahawa kesedihan,kepedihan dan kepahitan itu ibarat ubat mujarab yg dpt mendekatkan kita dgn Pencipta kita andai kita kembali kpd fitrah kita.

Teman,
sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman dri DIA,andai ditarik apa yg dipinjamkan,maka sama2lah kita redha,tenang dan sabar.Anggaplah kesedihan,kepedihan dan kepahitan di uji utk mgharungi hidup ini adalah kerana DIA mau kita kembali kpd DIA.


Sedarkah wahai teman,bahawa ujian yg dibagi kpd kita adalah pahit utk dirasa tpi amat manis utk dikenang agar menjadikan kita insan yg redha,tenang dan sabar.Menjadikan kita insan yg lebih tahu menghargai diri dan kehidupan.

Teman,
usah dibuang kenangan pahit yg kita rasa kerana yg pahit itulah ubat yg amat mujarab agar kita lebih berhati-hati dimasa mendatang.Kerana dari kepahitan itu lah ada kemanisan yg berpanjangan yg membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita,Nabi kita dan saudara seislam kita.


Teman,
apa erti hidup ini tanpa di uji?apa erti hidup ini tanpa kita mengenal DIA,tanpa kita mengenal perjuangan Nabi kita?Tanpa pengorbanan menegak agama kita?

Teman,
usah lalai dibuai kemanisan,keseronokan krana di sebalik manisnya,seronoknya terselit racun yg membuai kita hingga kita lalai dan alpa.Sdgkan kepahitan itu terselit manis berpanjangan....
Renung-renungkan wahai teman,ketawa yg berpanjangan itu membawa kita kpd musibah,sdgkan tangisan berpanjangan itu membawa kita kpd keinsafan.

Wassalam.





No comments:

Post a Comment