Inspirasi menulis lirik ini besar pengaruhnya dari Kisah Nabi Muhammad SAW yang mana sewaktu di zaman kanak-kanak Baginda, perjalanannya dilindungi awan.
Tertulis dalam kisah tersebut “Pada suatu hari Pendita Buhaira melihat serombongan kafilah Arab datang menuju Syam yang selalu diikuti oleh awan di atasnya. Kafilah ini didatanginya dan dipersilakannya mendekati ke kediamannya. Kafilah ini adalah kafilah yang dipimpin oleh bapa saudara Nabi yang bernama Abu Talib RA, dimana Muhammad turut serta didalamnya.
Pendita Buhaira memperhatikan gerak-geri anak yang bernama Muhammad itu, akhirnya ia yakin bahawa anak itulah yang akan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul sesudah Isa al-Masih a.s. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu Talib RA agar anak ini dijaga baik baik, jangan terlengah dari penjagaan, sebab ia kelak akan menjadi seorang maha penting.
Dengan nasihat dan keyakinan Pendita Buhaira ini, Abu Talib RA semakin cinta terhadap anak saudaranya yang bernama Muhammad ini. Bukan saja cinta, melainkan ditambah dengan perasaan harap dan hormat.”
Lihat ke arah sanaSerakan warna dan berarakanAwanPabila terik panasSegera hadirnya memayungi diriPabila kau dahagaSesegera turun hujan melimpahkan kasihnyaPabila kau katakanAkulah awan itu yang kau mahu
Berkisahkan mengenai pengorbanan insan yang sememangnya dekat di hati kita, dua rangkap pertama lagu Awan Nano membawa kita memahami erti kasih sayang yang sejati. Keadaan panas dan dahaga menjadi simbolik kesukaran dan kesusahan yang kita alami. Awan yang diperihalkan menjadi penyelamat kedua-dua keadaan ini hadir sebagai teman di kala kesulitan yang tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu apabila memerlukan.
Begitulah awan nanoSetia melindungi diriTika panas mencuba menggores pipiDan bibirmuBegitulah awan nanoSering saja tak terduga hadirDan tak akan tercapai jejarimu
Walaupun pelbagai ancaman datang melanda kita, kasih dan sayang seseorang itu melangkaui segalanya. Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih dan sayang ini hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang tulusnya kasih dan sayang dalam kehidupan kita seharian. Kadang-kala, bantuan itu hadir tanpa kita sangka dari insan yang selama ini tidak pernah kita sedar akan kewujudan mereka. Tanggungjawab dan amanah pelindung kita akan sering menjadi kekuatan garapan perasaan yang wujud dalam diri manusia harfiahnya.
KasihnyaKasih tiada bandingSetia tiada taraBagaimanapun juaAwan kekasih sebenarmu sayangWalaupun tak akan tercapai jejarimu
Kasih dan sayang itu terlalu abstrak sifatnya, tidak bisa dilihat atau diberikan penilaian secara nyata. Setiap insan menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Pokok pangkalnya, memahami antara satu sama lain merupakan kunci kebahagiaan yang berpanjangan. Amarah yang kadangkala dilemparkan bukan sebagai tanda kebencian sebaliknya tanda mereka sayang akan kita. Pertimbangan secara waras seharusnya dilakukan demi menyelamatkan hubungan kekeluargaan yang sudah kita bina.
Lihat diriku iniYang sesekali pernah kau bagaikan awanSehingga tak mungkin terlupaBerikan belas sedari duluSehingga tak mungkin termampu saksiSetitis pun air matamu kasihkuSehingga kau katakanAkulah awan itu yang kau rindu
Ikatan kekeluargaan yang rapat seharusnya menjadi kekuatan paling ampuh untuk diri seseorang manusia. Sudah menjadi fitrah, manusia perlukan belaian dan sokongan demi meneruskan kelangsungan hidup maka awan nano itulah yang bisa menjadi pelindung waktu senang atau susah. Awan Nano setiap insan berbeza. Ada yang menganggap ayah merekalah Awan Nano yang sentiasa berkerja keras demi masa depan keluarga. Ada pula mengatakan ibulah Awan Nano yang sebenar. Dalam konteks yang lebih luas terutamanya pada aspek seluruh umat khususnya, kita memiliki Awan Nano yang lebih utama dan agung. Siapapun Awan Nano di hati anda, jangan pernah lupa akan diri mereka yang sentiasa ada untuk kita.
Akulah awanmu yang sediaMelindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipiDan bibirmuAkulah awanmu yang sering kau rinduDan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimuKasihkuKasih tiada banding setia tiada taraBagaimanapun juaAku pelindung dirimu sayangWalaupun tak akan tercapai jejarimu
Dalam kehidupan, ada ketika kita tidak menghargai apa yang ada di sekeliling. Namun, apabila yang berada bersama kita telah tiada, barulah kita tercari-cari akan bayang mereka. Awan Nano memberi tafsiran yang cukup unik tentang bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang kita perolehi. Ada ketikanya kita harus mensyukuri sesuatu yang tidak mungkin terjangkau oleh fikiran manusiawi kita sendiri. Jangan apabila sudah tiada, baru hendak ditangisi pemergian mereka.
Lirik yang cukup bermakna ini cuba menerapkan unsur-unsur kasih dan sayang dalam diri setiap pendengarnya. Maka tidak hairanlah lagu Awan Nano ini diangkat menjadi naskhah teragung di Anugerah Juara Lagu Ke-26!
kredit to : http://falihinjasmy.blogspot.com
very2 in deep meaning...
No comments:
Post a Comment